DAKAR: Seramai 23 migran maut selepas bot dinaiki mereka menuju ke Eropah karam di luar pantai Saint-Louis di utara Senegal, menurut media tempatan pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut bomba, bot membawa seramai 280 migran itu terbalik di laut sebelum terdampar di pantai berkenaan.

Operasi menyelamat masih dijalankan untuk mencari mangsa yang terselamat.

Tentera laut turut dikerah untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

-- BERNAMA